Saturday, January 10, 2009

Songket Bagi Pakaian Seragam

Pakaian seragam adalah satu pasaran songket yang memerlukan songket yang dihasilkan dengan bantuan tenunan mekanikal. Kalau untuk menenun tangan, ia akan memakan masa yang sangat lama. Bayangkan jika sehelai songket memakan masa 2 minggu untuk siap, bila boleh semua perajurit kita ini nak berbaris begini. Maka tenunan secara mekanikal menggunakan Jacquard perlu digunakan. Namun kebanyakan pembekal mendapatkan songket Jacquard sebegini terus dari India atau Pakistan, sedangkan ianya boleh dihasilkan di sini. Seharusnya pembeli memastikan ianya buatan tempatan.














Penggunaan songket sebagai pakaian seragam, selain untuk uniform, ternyata banyak digunakan semasa perarakan maulidur rasul seperti gambar-gambar ini. Memang segak bergaya semua kontijen yang berarak. Namun tahukah mereka sama ada songket itu buatan tempatan atau songket India dan pakistan? Malang sekali kalau ianya bukan songket buatan Melayu.



















Sayang sekali, baju Melayu yang di pakai oleh peserta-peserta di bawah ini menggunakan songket Siam. Bagi 'layman' memang kebanyakan orang tidak kenal songket dari mana. Maka perlu ada akta label negara pembuat bagi pakaian supaya pembeli tahu produk dari negara mana yang dibeli. Mungkin pakaian biasa bolehlah kita beli barangan import, tapi kalau yang warisan sendiri pun kita import, maka hilanglah warisan Melayu di dunia.....